Saturday, June 19, 2010

sejarah hidup apai nuan




Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pembaca budiman



Sebelum memulakan cerita ini, terlebih dahulu ingin apai menerangkan apakan arti atau maksud "APAI NUAN". Apai Nuan adalah berasal dari perkataan Iban, iaitu salah satu etnik dari negeri Sarawak, ianya bermaksud "BAPA ANDA".


Sebenarnya apai tidaklah pandai menulis, tapi atas desakan dari hatinya maka apai pun ambil keputusan untuk menulis cerita ini. Sekiranya terdapat apa2 kesilapan disegi bahasa dan ejaan, jangan komen apa2, apai tak mempunyai pendidikan tinggi, pada zaman persekolahan apai dulu bukan macam zaman sekarang, semuanya serba kekurangan dan kesempitan.


Bermula dari apa yang mampu apai ingat diwaktu zaman kanak2, apai seorang kanak2 yang nakal, malas bekerja menolong orang tua, lebih suka bermain dengan kawan2 sebaya, kadang2 senja baru pulang ke rumah, dengan kenakalanya itu maka seringlah apai kena pukul, tapi tak pernah serik, begitulah keadaanya sehingga apai tamat belajar disekolah rendah.


Apai menyangka tamatlah sudah pengajianya sampai disitu, rupa2nya orang tua apai telah membuat rancangan awal2 lagi untuk menghantar apai meyambung pelajaran kesekolah menengah yang agak jauh dari kampung dan apai akan ditumpangkan dengan bapa saudara apai yang kebetulanya rumah mereka berhampiran dengan sekolah berkenaan. Pada mulanya apai memberontak, tidak mahu berpisah dengan orang tua, biarlah tidak bersekolah, tetapi kehendak orang tua tak mampu ditentang olih apai, dengan berat hati apai terpaksa juga menuruti segala yang dirancang olih kedua orang tuanya. Pada ketika itu apai samasekali tidak pernah memikirkan akan masa depan, apa yang apai fikirkan hanyalah keseronokan semata2, namun ibu/bapa lebih mengetahui, walaupun mereka tidak bersekolah, mereka mempunyai pandangan jauh, mereka ingin melihat anak2 mereka berjaya dan senang dimasa depan, mereka tidak ingin kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui dipusakai oleh anak2.



Selama tiga tahun apai menumpang dirumah bapa saudara bagi meneruskan pengajian diperingkat menengah, banyak perubahan telah berlaku keatas diri apai, apa yang tidak pernah terfikir oleh apai telah dilaluinya, apai pada ketika itu tidak lagi seperti dulu, apai sudah berdisplin, tidak lagi nakal seperti dulu, segala arahan yang diberi oleh bapa saudara apai patuhi, apai takut padanya walaupun dia tidak pernah pukul sepertimana orang tua apai dulu, entah apa sebabnya apai sendiri pun tahu, namun dalam hati kecil apai mempunyai satu hasrat yang terpendam tanpa diketahui oleh sesiapa, apai tidak akan meneruskan pengajian setelah tamat tingkatan tiga, apai akan balik semula tinggal bersama orang tua, ketika itu, sekiranya seseorang murid tidak lulus peperiksaan tingkatan tiga maka mereka tidak dapat melanjutkan pengajian ke tingkatan empat, itulah yang dirancangkan olih apai dalam diam2, apai tidak sangup lagi hidup menumpang, apai sudah tahu pasti akan keputusan peperiksaanya "gagal".


Dipendekan cerita, setelah selesai menduduki peperiksaan SRP apai berkemas apa yang patut, apai dah tak sabar lagi hendak pulang kekampung halaman, hendak berjumpa dengan kawan2 yang sekian lama berpisah, rindu pada sungai tempat berkubang, pada belukar tempat melastik burung dan bermacam lagi perkara2 yang pelik2 dikerjakan oleh apai dulu. Tiba saat yang ditunggu, apai mencibit bag usang yang diberikan oleh bapa saudaranya yang penuh diisi dengan khazanah apai yang terkumpul selama tinggal disitu, apai melangkat keluar menuju kekereta setelah selesai bersalaman dengan semua saudara mara yang ada, kereta moris minor milik bapa saudara apai berwarna hijau muda mula bergerak perlahan, tak dapat dibayangkan perasaan apai ketika itu, mungkin sama seperti seorang banduan yang telah dibebaskan dari penjara, perjalanan mengambil masa kira2 1 jam, melalui beberapa pekan kecil serta melintasi jalan keretapi maka sampailah kembali apai kekampung halaman, tak dapat dibayang betapa gembiranya apai ketika itu, bersalaman dan perpelukan dengan kedua orang tua serta saudaramara. Pada zaman itu perjalanan yang hanya mengambil masa sejam sudah dikira terlalu jauh, kenderaan pun kurang, jika hendak kebandar terpaksa menghabiskan masa 1 hari dengan menggunakan bas yang hanya berjalan 2 trip sehari, perbezaan antara dahulu dan sekarang amat ketara, sekarang apai berulang alik dari semenanjung ke Sarawak hanya mengambil masa 1.45 minit sahaja, sehari 2 ke 3 kali pun boleh, begitulah perbezaan dulu dan sekarang dan juga apai dulu dan apai yang akan mendatang dengan berbagai lagi cerita yang lebih menarik......

























No comments:

Post a Comment