Saturday, June 19, 2010

sejarah hidup apai nuan




Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pembaca budiman



Sebelum memulakan cerita ini, terlebih dahulu ingin apai menerangkan apakan arti atau maksud "APAI NUAN". Apai Nuan adalah berasal dari perkataan Iban, iaitu salah satu etnik dari negeri Sarawak, ianya bermaksud "BAPA ANDA".


Sebenarnya apai tidaklah pandai menulis, tapi atas desakan dari hatinya maka apai pun ambil keputusan untuk menulis cerita ini. Sekiranya terdapat apa2 kesilapan disegi bahasa dan ejaan, jangan komen apa2, apai tak mempunyai pendidikan tinggi, pada zaman persekolahan apai dulu bukan macam zaman sekarang, semuanya serba kekurangan dan kesempitan.


Bermula dari apa yang mampu apai ingat diwaktu zaman kanak2, apai seorang kanak2 yang nakal, malas bekerja menolong orang tua, lebih suka bermain dengan kawan2 sebaya, kadang2 senja baru pulang ke rumah, dengan kenakalanya itu maka seringlah apai kena pukul, tapi tak pernah serik, begitulah keadaanya sehingga apai tamat belajar disekolah rendah.


Apai menyangka tamatlah sudah pengajianya sampai disitu, rupa2nya orang tua apai telah membuat rancangan awal2 lagi untuk menghantar apai meyambung pelajaran kesekolah menengah yang agak jauh dari kampung dan apai akan ditumpangkan dengan bapa saudara apai yang kebetulanya rumah mereka berhampiran dengan sekolah berkenaan. Pada mulanya apai memberontak, tidak mahu berpisah dengan orang tua, biarlah tidak bersekolah, tetapi kehendak orang tua tak mampu ditentang olih apai, dengan berat hati apai terpaksa juga menuruti segala yang dirancang olih kedua orang tuanya. Pada ketika itu apai samasekali tidak pernah memikirkan akan masa depan, apa yang apai fikirkan hanyalah keseronokan semata2, namun ibu/bapa lebih mengetahui, walaupun mereka tidak bersekolah, mereka mempunyai pandangan jauh, mereka ingin melihat anak2 mereka berjaya dan senang dimasa depan, mereka tidak ingin kesusahan dan keperitan hidup yang mereka lalui dipusakai oleh anak2.



Selama tiga tahun apai menumpang dirumah bapa saudara bagi meneruskan pengajian diperingkat menengah, banyak perubahan telah berlaku keatas diri apai, apa yang tidak pernah terfikir oleh apai telah dilaluinya, apai pada ketika itu tidak lagi seperti dulu, apai sudah berdisplin, tidak lagi nakal seperti dulu, segala arahan yang diberi oleh bapa saudara apai patuhi, apai takut padanya walaupun dia tidak pernah pukul sepertimana orang tua apai dulu, entah apa sebabnya apai sendiri pun tahu, namun dalam hati kecil apai mempunyai satu hasrat yang terpendam tanpa diketahui oleh sesiapa, apai tidak akan meneruskan pengajian setelah tamat tingkatan tiga, apai akan balik semula tinggal bersama orang tua, ketika itu, sekiranya seseorang murid tidak lulus peperiksaan tingkatan tiga maka mereka tidak dapat melanjutkan pengajian ke tingkatan empat, itulah yang dirancangkan olih apai dalam diam2, apai tidak sangup lagi hidup menumpang, apai sudah tahu pasti akan keputusan peperiksaanya "gagal".


Dipendekan cerita, setelah selesai menduduki peperiksaan SRP apai berkemas apa yang patut, apai dah tak sabar lagi hendak pulang kekampung halaman, hendak berjumpa dengan kawan2 yang sekian lama berpisah, rindu pada sungai tempat berkubang, pada belukar tempat melastik burung dan bermacam lagi perkara2 yang pelik2 dikerjakan oleh apai dulu. Tiba saat yang ditunggu, apai mencibit bag usang yang diberikan oleh bapa saudaranya yang penuh diisi dengan khazanah apai yang terkumpul selama tinggal disitu, apai melangkat keluar menuju kekereta setelah selesai bersalaman dengan semua saudara mara yang ada, kereta moris minor milik bapa saudara apai berwarna hijau muda mula bergerak perlahan, tak dapat dibayangkan perasaan apai ketika itu, mungkin sama seperti seorang banduan yang telah dibebaskan dari penjara, perjalanan mengambil masa kira2 1 jam, melalui beberapa pekan kecil serta melintasi jalan keretapi maka sampailah kembali apai kekampung halaman, tak dapat dibayang betapa gembiranya apai ketika itu, bersalaman dan perpelukan dengan kedua orang tua serta saudaramara. Pada zaman itu perjalanan yang hanya mengambil masa sejam sudah dikira terlalu jauh, kenderaan pun kurang, jika hendak kebandar terpaksa menghabiskan masa 1 hari dengan menggunakan bas yang hanya berjalan 2 trip sehari, perbezaan antara dahulu dan sekarang amat ketara, sekarang apai berulang alik dari semenanjung ke Sarawak hanya mengambil masa 1.45 minit sahaja, sehari 2 ke 3 kali pun boleh, begitulah perbezaan dulu dan sekarang dan juga apai dulu dan apai yang akan mendatang dengan berbagai lagi cerita yang lebih menarik......

























Thursday, June 17, 2010

sambungan hujan

pagi itu apai bangun awal dari biasa.

kebiasaan apabila bangun tidur, apai akan menggeliat ala yoga,
menampakan bulu ketiak yg dah keperangan.

apai mengejutkan indai yg masih diulit mimpi.

terdengar rengekan indai,

"agik awal bah.."

"eh.... ari tok bangun awal, nok jemur tilam, kain banyak kena cuci, bangun
gik..mmmmmmmmah.............."apai menjawab sambil mengeliat.

indai bangun terus ke bilik mandi sambil membawa kain2 yg dah basah dek hujan mlm tadi.
terdengar bunyi air mandian indai.

apai termenung sendirian sambil menggulung rokok apongnya.

selesai indai mandi, apai pula mengambil giliran.

beberapa ketika di bilik air, terdengar suara apai:

"kenak sik di rendam kain tok, heee!!!! berbau!"

"kelak dolok.........mau di cuci terus kain2 ya, yalah kitak molah hal malam tadi.."

apai diam sambil meneruskan mandian.

selesai mandi apai terus naik keatas, indai dah membentangkan sejadah, mereka berjemaah subuh bersama.

sesudah sembahyang indai berkata kepada apai:
"kelak kepasar jangan lupa beli sabun basuh, banyak kain nok di basuh, yalah lain kali sebelum tidur kemeh dolok.."

apai menjawab:
"ehhh.... kitak ya molah kopi cangkir besar, kak ya on aircond kuat gilak, nie nak aku terkemeh.."

begitulah kisah HUJAN. bagi indai ianya sudah asam rumahtangga apai dan indai!

Tuesday, June 15, 2010

HUJAN.....

Malam tadi apai masuk tidur awal, letih agaknya.

indai masih tekun dengan tampung 1000 nya sambil ditemani oleh si bibik.

ketika detik tengah malam.

"apuuuuu............!!!!" indai berteriak.

dgn selamba apai bangun tanpa rasa terkejut.

muka menampakkan senyum sinis sambil menggumpal selimut.

sedang indai masih mengomel "abis basah heeeeee............."

apai turun dari katil sambil membawa selimut yang dah basah.

dia melangkah longlai dengan kain pelikat lusuh separuh terlondeh
menampakkan punggung hitam yg dah berkedut.

apai keluar bilik menuju ke bilik air.

hajat yg terbantut bersambung semula.

"aaaaaaaaaaah lega rasanya..." dengus apai.

apai masuk semula kedalam bilik.

dalam samar2 lampu neon apai tercari sesuatu.

tak berjumpa, lalu bertanya pd indai.

"nie kitak nyimpan kain aku?"

indai menjawab dalam keadaan separuh tidur.

"nanga kitak disukut lemari ya, ambil kain aku juak, kain tok dah basah oleh kitak.."

tak sedar rupanya apai berjalan dari bilik air tanpa kain.,

ikuti kisah hujan dilain episod...

ASKAR PENCEN

"Sudah berpuluh tahun aku bersara.."ujar Apai Nuan di dalam hati.

Tangannya ligat menggulung rokok daun. Tembakau disumbat padat biar jangan berongga.

Nyamuk yang menggigit punggung ditampar manja. Tidak padat bunyi tamparan tersebut.

Apai Nuan bingkas.

Tiang katil yang selama ini menyimpan duit syiling lebihan membeli tembakau diketuk manja.

Kung kung bunyinya. Padat.

Apai Nuan dengan steady mengorek isi keempat2 tiang katil tersebut.

Setelah dicongak kira di bawah sinaran lampu gasolin, syiling2 tersebut (tidak termasuk syiling karat, 1 sen mahupun duit Siam dan Rupiah Indonesia) berjumlah RM102.70.

Apai Nuan teringat iklan Maxis. Internet dari serendah RM48 sebulan. Bayar mula RM99.

"Lepas tolak bayar mula, ada lagi RM3.70. Lepasla tembakau esok...."

Syiling2 disimpan di dalam kantung guni.

Niatnya cuma satu.

Mahu menjadi Apai yang advance dengan mempunyai blog sendiri!